Arnab Manja

Nengoklah si herlequeen ini..manja tak? Nak makan terus dari pokok napier sambil dikendong. Manja kan...


Arnab ku melahirkan tanpa diduga

Alhamdulillah arnab ku lela melahirkan 2 babies pada 09 - 08-2011. Tapi yang paling tak ku duga adalah herlequin juga melahirkan 5 babies pada 12-08-2011. Seingat aku , kita orang tak de kahwinkan herlequin sebab nak rehatkan dia dan beri vitamin dan lain2 agar badan dia sihat. Maklumlah dah byk kali melahirkan.

 ANAK LELA
ANAK HERLEQUIN BERUMUR 4 HARI
Yang muskilnya ... anak siapa ye...??? Setahu aku , aku ada kahwinkan dia suka2 dengan seekor arnab jantan yang aku rasa memang mandul. Sebab aku kata dia mandul atau mungkin telah dimandulkan oleh empunya awal rabbit ni adalah kerana dia memang tidak berupaya untuk membuntingkan rabbit betina pada masa yang lalu walaupun telah banyak kali mating.


ANAK HERLEQUIN BERUMUR 2 MINGGU
Gambar akan ku upload. Kita nengok dan lihat la nanti mcm mana rupenya dia bila dah besar. Harap2 semuanya hidup. Amin...

Kelahiran rex july 2011

Yahoo... alhamdulillah rex ku telah selamat melahirkan 3 ekor anak. Ini adalah ice blended cross buncit. DOB : 29-07-2011. So ketika post ini ditulis usianya sudah pun seminggu. Aku simpan baby kat dalam rumah je asing dr ibunya sbb maklum lah rex ada "kurengggggg" sikit dalam hal2 menjaga anaknya. Itu pun lahir baru beberapa jam dah luka badan anaknya dipijak... Dah buka mata nanti, aku kan letak semula dengan ibunya.

Rendang anak arnab

Sebagai empunye yang menyayangi arnab, rasa2nya sapa-sapa pun akan sanggup buat apa saja agar anak arnab hidup. Ni adalah kes terbaru di rabbitry ku di mana anak spot yang 4 ekor tu diserang sakit yang pertama kali ku temui sepanjang aku memelihara arnab. Aku menanti dengan penuh sabar dan gembira untuk melihat anak2 tu buka mata dan mula keluar dari bakul pada hari ke 10 sebab dari lahir memang tiap2 malam aku dan ibu ku menyusukan mereka cara CBR.

Semuanya normal dan semuanya sihat dan aktif ketika menyusu. Hari pertama semuanya keluar dr bakul, aku lihat ada seekor anak spot yg tak keluar. Aku rasa pelik dan bila aku keluarkan dari bakul tu, aku lihat dia bergerak hanya mengunakan kaki hadapan kerana kaki belakangnya "tepok" atau tidak berfungsi seperti lumpuh.

Oh tidak..!!!! apa pula kenanya dgn anak rabbit ini. Rasa belas kasihan melihat anak yg kecil yang baru nak mengenal dunia tu terkial2 utk begerak tak seperti yang lain. Mula2 selepas permerhatian, kami jangkakan kerana "splayed leg" iaitu sejenis penyakit genetic. Aku dan mama berasa sedih jugalah so masa berbual kitaorg kata kita tak usah breed "Spot" lg. Keesokkan harinya aku perasan yang seekor lagi baby arnab dr ibu yang lain (anak tumpang) yang sama satu reban pun jadi tepok kakinya. Haaah...!!! confirm itu adalah jangkitan so aku dan mama terus bawa ke vet. Vet kata penyakit ni susah nak baik... punah harapan den..  jika vet pun dah kata begitu....

Dalam masa 2 hari je anak2 bibit ku dah 3 ekor yang mati dan yg lain menunggu masa saja. Tanda2nya senang aje.."ANAK ARNAB AKAN HILANG FUNGSI KAKI BELAKANGNYA DAHULU" , seekor demi seekor jadi tepok.  Badan anak arnab ditumbuhi macam kudis. Bayangkanlah kali ni bukan arnab yang stress tapi aku dan mama yang stress. Nasib baik kitaorang tak cirit birit macam rabbit yg stress. Ha... ha.. ha...

Aku dan mama tak putus asa, siang malam beri makan antibiotik yg vet tu beri dan untuk kudis2 tu kitaorang buat "rendang la anak arnab" tu macam gambar kat bawah ni...resepi papa yang beri... kunyit dan lain2 ditumbuk dan dilumur jadi kuning la anak2 bibit ku... cantik juga kalau rabbit warna kuning.



Setakat ini alhamdulillah..yang tak boleh jalan dah boleh jalan dan mereka semakin sihat dan kembali aktif berlari2 walau pun kaki masih tak berapa kuat. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t dan terus memohon pada rahmatnya utk kesihatan arnab2ku semua... amin


Bibit terpaksa mandi lulur - "do or die" bak kata orang puteh..


Nampak macam kejam kan... tapi ini lah ikhtiar namanya... dan di buat pun ketika hari panas supaya bibit tak kesejukan sangat... Vet ada beri ubat krim untuk sapu tapi aku tak gunakan sebab first time aku guna, bibit jilat , maknya pun jilat so bimbang takut racun aku pun tak guna krim 3D vet tu.. sebaliknya guna cara orang-orang tua dulu - dulu...

Arnab kesayangan ku....

Boring - boring nie nak cerita tentang antara arnab-arnab kesayanganku. Chombi dan Wall-E. Kedua2nya hanya arnab TB mix angora tapi aku amat sukakan mereka nie...

Di bawah nie adalah Wall-E , semakin hari bulunya semakin gebu dan sedap dipeluk. Dia manja dan nakal.. Wall-E adalah doe dan ketika ni dah berusia 4 bulan.
Wall-E ketika umur 2 bulan
Wall-E ketika 4 bulan



 Ni pula adalah Chombi yang dalam video tu.. Chombi adalah buck yang berusia 4 bulan juga. Warna sama dengan Wall-E sebab adik beradik tapi wajah mereka berbeza sikit. Kecil-kecil dulu tak berapa lawa tp semakin besar semakin handsome..
Chombi ketika umur 2 bulan


Chombi ketika umur 4 bulan



Kat bawah nie pula adalah new comer to our rabbitry. Kedua-duanya adalah baby English angora. Harap-harap besar nanti semakin lawa , ayu dan jelita sbb keduanya adalah doe.



Trip to Chiang Mai

Sebelum nak cerita tentang percutian ke Chiang Mai , nak beritahu yang Tiny anak rex yang sangat kecil itu telah kembali ke rahmahtullah... Hanya mampu bertahan 4 hari sahaja..

Tentang percutian, pd 1hb - 3hb Julai 2011 yang lalu aku telah pergi bercuti dengan famili ke Chiang Mai. Bersih tempatnya dan aktiviti yang paling aku sukai adalah menaiki gajah merentas sungai, selut, cerun, curam, bukit dan bukau selama satu jam. Adventure sungguh dan terkagum juga aku melihat bagaimana mereka train gajah2 itu sampai taat dan boleh melukis lebih seni daripada aku.. 

Gajah melukis



Aku juga sgt suka bamboo rafting. Mak kata bamboo rafting tu untuk survival nanti..agar rasa macam mana orang dulu2 merentasi sungai guna buluh je. Tabik spring lah kat dia orang ni. Chiang Mai memang negeri yang banyak kuda, keldai dan gajah. Sgt2 banyak.

Bamboo rafting



Mama & Papa
Kitaorang juga pergi ke Golden Triangle (Thailand-Laos-China), Tiger Kingdom dan melawat kawasan orang asli " long neck tribe" . Aku yang rasa rimas melihat leher diaorang ni tapi dalam banyak2 ada seorang tu cun juga... he... he... he... sempat juga tu. Memang sweet tapi sayang lehernya panjang... Kat Golden Triangle tiada apa yang unik selain Sg Mekong yang merupakan sungai yang paling kurang tercemar di dunia. Di Laos yang uniknya adalah wiski yang dibuat dari penapaian pulut dan dicampur dengan ular, jengking , cicak tokek dan lain2.. Kini baru aku tahu mengapa mahal cicak tokek tu mahal ...!!!! Tapi tak tahulah diaorang ni semua benda pun nak makan.


Wiski + Ular
Awek cun...

White temple di Chiang Rai


Tiger Kingdom


Kelahiran June 2011


Syukur alhamdulillah sebab ada beberapa kelahiran pada bulan June 2011. Pertama sekali Kiara melahirkan tujuh babies seperti dalam gambar kat bawah nih..DOB : 19hb June 2011 (Kiara x Timothy)



Kelahiran seterusnya adalah pada 29hb June 2011 iaitu kelahiran serentak anak Buyut X Buncit seramai 5 ekor dan kelahiran anak Spot X Timothy (4 ekor). Kat bawah ni adalah anak Spot dan yang uniknya adalah warna anak-anaknya pink dan bercorak macam lembu susu..


Gambar kat bawah ni pula gambar anak Buyut. 5 ekor semuanya tapi hanya empat yang normal. Ada seekor yang saiznya sangat sangat sangat kecil... cuba lihat perbezaan saiz antara 2 adik beradik dalam gambar dibawah ini. Kedua-duanya pada umur 3 hari.. Anak rabbit nie lahir sebelum aku bertolak ke Chiang Mai untuk bercuti dgn famili.. Aku dan mak berdoa semoga yang kecil itu boleh hidup... Tak tahulah boleh survive ke tak tapi by the time blog ini di tulis, dia telah survive selama 3 hari. Dia tak pandai hisap susu ibu dia seperti adik beradiknya yang lain jadi mak ku susukan menggunakan syringe.. itu pun tak byk yg dia minum. Kami serahkan pada Allah  berapa lama dia boleh hidup dan kalau si kecil tiny ini boleh survive ... aku tabik pd semangatya. Saiznya sgt kecil, lebih kurang besar jari , panjang cuma 4cm, saiz pemadam pencil agaknya. Tak tahulah mengapa jadi begitu. Any idea or suggestion?? Ini pengalaman pertama ku kes sebegini... Sgt mencabar mental untuk menjaganya.
 
.


Last sekali dalam bulan June iaitu pd 30hb June 2011, Nala melahirkan 6 litters tapi 2 dah mati di pijak tinggal 4 je...hu.. hu...

Rabbit menyimpan benih? Benarkah?

"Rabbit ni macam ayam, menyimpan benih. Sampai masa dan ketika dia akan mengandung sendiri dan beranak walaupun tiada mating berlaku" . Ini adalah pendapat salah seorang rakan ayah ku. Tapi benarkah begitu???? Aku tidak tahu jawapannya dan tidak pernah dengar teori sebegitu sebelum ini. Ada sapa-sapa yang arnab dia tiba2 bersalin tanpa mating tak? atau mating dengan rabbit lain tapi yang keluar feature dan characteristic yang tak sama dengan induk jantan atau betina?. Share lah pengalaman kawan2 dgn aku ok. Aku terdetik untuk share post ini sebab 19hb June 2011 yang lalu, Kiara melahirkan 7 anak. 3 hitam 4 putih anaknya tapi yang menarik perhatian ku adalah yang hitam seekor itu sgt pekat hitam bulunya dan bulunya bersinar seperti satin sedangkan kiara adalah angora dan induk jantan adalah teddy. Tapi anak itu masih terlalu kecil. Nanti dah besar sikit nak juga tengok macam mana ke rupe nye...

Rabbit dapat subsidi apartment baru...

Pihak kerajaan CBR telah meluluskan belanjawan 2011 untuk pembinaan apartment baru buat rabbit2 di CBR. Ianya bertujuan untuk memancing undi agar rabbit lebih produktif dan berjanji untuk melahirkan lebih ramai anak2 yg berciri unik untuk menjana ekonomi negara CBR.  Ianya sedang dalam pembinaan dan di harapkan rabbit2 nanti lebih selesa dan kemas. Reban yang dulu dibuat dari besi, dah karat so kali ni CBR guna kayu pula dan cadang nak guna sistem rabbit nipple nak beli dari MOMs blog. Belum beli lagi tapi nanti bila dah siap reban baru nak order. Bawah ni gambar apartment dalam construction.


Apabila projek siap, dijangka dapat memuatkan 30 rabbit dan kunci apartment masing2 dijangka akan diserahkan hujung bulan June 2011 ini. Insya Allah.

Sekian berita CBR - Karim Si Wak Sila

Keletah si kecil

Viewer boleh offkan background music blog ni kat player kuning sebelah tepi kanan supaya tak menganggu video ini...

Rabbit shearing in NZ. Must see...

Dalam post kali ini adalah untuk sharing video cara menuai (betul ke perkataan ini??) bulu arnab untuk dibuat benang dan seterusnya baju , topi dan lain2. Nampak macam tak sanggup nengok...tapi nengok aje lah untuk ilmu dan pengetahuan. Viewer boleh off-kan atau stop-kan lagu background blog ni kat player  kuning di tepi sebelah kanan blog ni sebelum lihat video supaya tak menganggu ok...


Dan cara spinning bulu direct dari arnab anggora adalah seperti berikut. Kurang ngeri sikit tapi mungkin boleh dijadikan satu industri kat Malaysia satu hari nanti. So membuka peluang baru kepada penternak-penternak arnab pada yang nak jual bulu untuk ditenun boleh mendapat pendapatan sampingan selain menjual arnab hiasan dan arnab pedaging.


Lihat juga video ini untuk cara manual menuai bulu arnab ini. Cara penggunaan gunting agar tidak melukai arnab yang comel itu.


Di bawah sekali , video tentang cat lady yang berjaya dengan businessnya yang mungkin ada penternak yang nak mulakan business ini untuk industri pelancongan.


Selamat menonton... 

Rabbit sold so far...




POST ini adalah khas untuk rekod arnab-arnab dari CBR yang telah terjual sehingga kini supaya aku tidak lupa pada arnab2 ku dan juga mengingati dan mensyukuri segala rahmat dan rezeki yang Allah s.w.t telah beri kepada ku pada usia yang muda begini.. aku amat bersyukur kepada Nya dan kepada 2 ibubapa ku yang telah dikurniakan buat diriku. 

 
SOLD 30-09-2011

SOLD 30-9-2011

SOLD 30-09-2011


SOLD 26-08-2011


SOLD 20-08-2011

SOLD 25-08-2011
SOLD TO MI BANTING 17-08-2011


 SOLD 24th July 2011

 SOLD 23rd July 2011

 SOLD 24th July 2011
 SOLD 24th July 2011
SOLD 24th July 2011

SOLD 13/07/2011 - JGN LUPA TEST PETUA NAK BG JATUH TELINGA SATU LG TU... HE.. HE.. HE

SOLD TO JULIA 13/07/2011


TURKISH ANGGORA SPECIAL MIX - RM70 FEMALE

Untuk dijual arnab ni , dah cukup 2 bulan umurnya. Harga : RM70 je yang kat atas ni...sbb comel sgt
This rabbit is for sale . the age has exceeded 2 months. Price MYR70 only for it is so cute...

ARNAB KOD 001 TURKISH ANGGORA-RM50 MALE

 ARNAB MIX TURKISH ANGORA KOD 002-RM50


 ARNAB ANGGORA KOD 003 - RM30 MALE 


 ARNAB ANGGORA KOD 004-RM30 FEMALE
 LION HEAD 002 FEMALE - RM50

TURKISH ANGGORA MIX FEMALE 008 RM70

 LION HEAD 006 FEMALE - RM70

 LION HEAD 006 MALE - RM50- SOLD
 LION HEAD 007 MALE - RM50

 TEDDY BEAR 001 MALE -CHOMBI - BUAT BAKA



 TEDDY BEAR 002 FEMALE -BUAT BAKA


TEDDY BEAR 003 FEMALE OPEN FOR BOOKING - RM150




TEDDY BEAR 004 MALE OPEN FOR BOOKING - RM100




TEDDY BEAR 005 MALE OPEN FOR BOOKING - RM100
FEMALE / DOE - BUAT BAKA

TEDDY BEAR 006 MALE - SOLD TO EN FAHMI MUAR

TEDDY BEAR 007 FEMALE OPEN FOR BOOKING-RM150 - SOLD

ARNAB LOP MIX LOCAL - 7 EKOR