Sebelum nak cerita tentang percutian ke Chiang Mai , nak beritahu yang Tiny anak rex yang sangat kecil itu telah kembali ke rahmahtullah... Hanya mampu bertahan 4 hari sahaja..

Tentang percutian, pd 1hb - 3hb Julai 2011 yang lalu aku telah pergi bercuti dengan famili ke Chiang Mai. Bersih tempatnya dan aktiviti yang paling aku sukai adalah menaiki gajah merentas sungai, selut, cerun, curam, bukit dan bukau selama satu jam. Adventure sungguh dan terkagum juga aku melihat bagaimana mereka train gajah2 itu sampai taat dan boleh melukis lebih seni daripada aku.. 

Gajah melukis



Aku juga sgt suka bamboo rafting. Mak kata bamboo rafting tu untuk survival nanti..agar rasa macam mana orang dulu2 merentasi sungai guna buluh je. Tabik spring lah kat dia orang ni. Chiang Mai memang negeri yang banyak kuda, keldai dan gajah. Sgt2 banyak.

Bamboo rafting



Mama & Papa
Kitaorang juga pergi ke Golden Triangle (Thailand-Laos-China), Tiger Kingdom dan melawat kawasan orang asli " long neck tribe" . Aku yang rasa rimas melihat leher diaorang ni tapi dalam banyak2 ada seorang tu cun juga... he... he... he... sempat juga tu. Memang sweet tapi sayang lehernya panjang... Kat Golden Triangle tiada apa yang unik selain Sg Mekong yang merupakan sungai yang paling kurang tercemar di dunia. Di Laos yang uniknya adalah wiski yang dibuat dari penapaian pulut dan dicampur dengan ular, jengking , cicak tokek dan lain2.. Kini baru aku tahu mengapa mahal cicak tokek tu mahal ...!!!! Tapi tak tahulah diaorang ni semua benda pun nak makan.


Wiski + Ular
Awek cun...

White temple di Chiang Rai


Tiger Kingdom