Syukur alhamdulillah sebab ada beberapa kelahiran pada bulan June 2011. Pertama sekali Kiara melahirkan tujuh babies seperti dalam gambar kat bawah nih..DOB : 19hb June 2011 (Kiara x Timothy)



Kelahiran seterusnya adalah pada 29hb June 2011 iaitu kelahiran serentak anak Buyut X Buncit seramai 5 ekor dan kelahiran anak Spot X Timothy (4 ekor). Kat bawah ni adalah anak Spot dan yang uniknya adalah warna anak-anaknya pink dan bercorak macam lembu susu..


Gambar kat bawah ni pula gambar anak Buyut. 5 ekor semuanya tapi hanya empat yang normal. Ada seekor yang saiznya sangat sangat sangat kecil... cuba lihat perbezaan saiz antara 2 adik beradik dalam gambar dibawah ini. Kedua-duanya pada umur 3 hari.. Anak rabbit nie lahir sebelum aku bertolak ke Chiang Mai untuk bercuti dgn famili.. Aku dan mak berdoa semoga yang kecil itu boleh hidup... Tak tahulah boleh survive ke tak tapi by the time blog ini di tulis, dia telah survive selama 3 hari. Dia tak pandai hisap susu ibu dia seperti adik beradiknya yang lain jadi mak ku susukan menggunakan syringe.. itu pun tak byk yg dia minum. Kami serahkan pada Allah  berapa lama dia boleh hidup dan kalau si kecil tiny ini boleh survive ... aku tabik pd semangatya. Saiznya sgt kecil, lebih kurang besar jari , panjang cuma 4cm, saiz pemadam pencil agaknya. Tak tahulah mengapa jadi begitu. Any idea or suggestion?? Ini pengalaman pertama ku kes sebegini... Sgt mencabar mental untuk menjaganya.
 
.


Last sekali dalam bulan June iaitu pd 30hb June 2011, Nala melahirkan 6 litters tapi 2 dah mati di pijak tinggal 4 je...hu.. hu...