Sebagai empunye yang menyayangi arnab, rasa2nya sapa-sapa pun akan sanggup buat apa saja agar anak arnab hidup. Ni adalah kes terbaru di rabbitry ku di mana anak spot yang 4 ekor tu diserang sakit yang pertama kali ku temui sepanjang aku memelihara arnab. Aku menanti dengan penuh sabar dan gembira untuk melihat anak2 tu buka mata dan mula keluar dari bakul pada hari ke 10 sebab dari lahir memang tiap2 malam aku dan ibu ku menyusukan mereka cara CBR.

Semuanya normal dan semuanya sihat dan aktif ketika menyusu. Hari pertama semuanya keluar dr bakul, aku lihat ada seekor anak spot yg tak keluar. Aku rasa pelik dan bila aku keluarkan dari bakul tu, aku lihat dia bergerak hanya mengunakan kaki hadapan kerana kaki belakangnya "tepok" atau tidak berfungsi seperti lumpuh.

Oh tidak..!!!! apa pula kenanya dgn anak rabbit ini. Rasa belas kasihan melihat anak yg kecil yang baru nak mengenal dunia tu terkial2 utk begerak tak seperti yang lain. Mula2 selepas permerhatian, kami jangkakan kerana "splayed leg" iaitu sejenis penyakit genetic. Aku dan mama berasa sedih jugalah so masa berbual kitaorg kata kita tak usah breed "Spot" lg. Keesokkan harinya aku perasan yang seekor lagi baby arnab dr ibu yang lain (anak tumpang) yang sama satu reban pun jadi tepok kakinya. Haaah...!!! confirm itu adalah jangkitan so aku dan mama terus bawa ke vet. Vet kata penyakit ni susah nak baik... punah harapan den..  jika vet pun dah kata begitu....

Dalam masa 2 hari je anak2 bibit ku dah 3 ekor yang mati dan yg lain menunggu masa saja. Tanda2nya senang aje.."ANAK ARNAB AKAN HILANG FUNGSI KAKI BELAKANGNYA DAHULU" , seekor demi seekor jadi tepok.  Badan anak arnab ditumbuhi macam kudis. Bayangkanlah kali ni bukan arnab yang stress tapi aku dan mama yang stress. Nasib baik kitaorang tak cirit birit macam rabbit yg stress. Ha... ha.. ha...

Aku dan mama tak putus asa, siang malam beri makan antibiotik yg vet tu beri dan untuk kudis2 tu kitaorang buat "rendang la anak arnab" tu macam gambar kat bawah ni...resepi papa yang beri... kunyit dan lain2 ditumbuk dan dilumur jadi kuning la anak2 bibit ku... cantik juga kalau rabbit warna kuning.



Setakat ini alhamdulillah..yang tak boleh jalan dah boleh jalan dan mereka semakin sihat dan kembali aktif berlari2 walau pun kaki masih tak berapa kuat. Aku bersyukur kepada Allah s.w.t dan terus memohon pada rahmatnya utk kesihatan arnab2ku semua... amin


Bibit terpaksa mandi lulur - "do or die" bak kata orang puteh..


Nampak macam kejam kan... tapi ini lah ikhtiar namanya... dan di buat pun ketika hari panas supaya bibit tak kesejukan sangat... Vet ada beri ubat krim untuk sapu tapi aku tak gunakan sebab first time aku guna, bibit jilat , maknya pun jilat so bimbang takut racun aku pun tak guna krim 3D vet tu.. sebaliknya guna cara orang-orang tua dulu - dulu...