Cempaka Biru Rabbitry adalah cuma "backyard rabbitry" sahaja , diusahakan secara suka-suka sebagai hobi. Bermula dengan membeli "sepasang arnab  cotty & monie dari jenis local rabbit" dari Pet Shop , hidup2 ditipu oleh tuan punye kedai. Sepasang katanya..dan kita yang tidak tahu ini beli aje. Rupa2nya kedua2nya jantan....kelakar rasanya. Itulah bak kata orang tua2, kena ada ilmu, jadi tak ditipu orang..

Seronok melihat penternak2 arnab lain dan timbul rasa hati ingin mengenali arnab dengan lebih dekat...kini genap tiga bulan memelihara arnab ni bak kata orang masih hingusan dalam dunia penternakan arnab ini. Banyak lagi yang tak reti tapi minat punye pasal..kita teruskan juga.

Inilah arnab pertama ku...


Bermula dengan beberapa biji sangkar, aku dengan bantuan mak dan ayah yg sgt sporting juga adik2, kami telah mencuba membina reban arnab pertama. Penat tapi puas hati...he..he..

Dan kemudian bila koleksi bertambah, kami membina reban 2 tingkat pula. Aku berlajar tentang kemahiran hidup di sini. Kata ayah dan ibu ku, diusia 14 tahun ini, daripada aku buat benda tak tentu hala seperti melepak dan merempit, lebih baik belajar tentang kemahiran hidup dan juga "kemahiran mati"..ooops apa tu???..nak tahu ertinya adalah "bersedia untuk akhirat".