Aku menyayangi semua arnab dalam perliharaanku. Masing2 ada characteristic tersendiri dan sangat menghiburkan dan mencuit hati. Ibu ku selalu berkata "daripada kita bercakap tentang orang dan menambah dosa, lebih baik kita bercakap tentang arnab dan melihat betapa indahnya ciptaan Allah s.w.t...Berikut adalah family arnab yang awal kumiliki.
Kangkung memang favourite arnab2ku ini tapi tak boleh banyak ok tapi kalau sudah dibiasakan dari kecil, Insya Allah tak kena cirit birit.
Ini adalah lemon, arnab yang aku beli dari Pet shop di Kampung Jawa. Dia arnab kacukan biasa saja tetapi sesuatu yang aku suka tentang lemon adalah dia sangat fotogenic di dalam kamera. Satu ketika dia hampir mati kerana stress, dia merendam muka dan kakinya sendiri di dalam air dan tidak makan selama 4 hari dan sudah buang air berdarah tetapi dapat diselamatkan dengan izin Allah. Alhamdulillah, kami sentiasa berinya ORS,vitamin dan suapkan makanan iaitu pellet yang direndam dalam air suam dan disuap menggunakan syringe. Kini dia semakin membesar dan gemuk.
Berikut adalah Angori dari jenis baka lionhead. Mula2 kami ingat dia jantan jadi kami memanggilnya "Undertaker" sebab dia garang semasa mula2 kami membelinya dari Pet shop juga. Rupa2nya dia adalah arnab betina dan kini sedang membesar dengan sihat dan bulu perang mula keluar dari belakangnya. Gambar ini adalah ketika dia berusia 3 bulan.
ANGORI KETIKA 3 BULAN
ANGORI KETIKA 6 BULAN
Angora pula adalah arnab betina. Arnab putih bermata merah pertama kami dibeli dari Faiz Muar Johor bersama seekor lop ear "boar" namanya tetapi boar kini telah tiada. Boar adalah arnab pertama kami yang diserang cirit-birit. Masa tu tak reti nak buat apa, boar mati diatas ribaan ibuku.
ANGORA
TIMOTHY
Ini pula adalah Chiwawa. Tetapi telah sampai ketetapan dan kini R.I.P. Ini adalah arnab kesayangan ibuku, dibeli sepasang dengan "Sarjan" dari Parit Raja, Batu Pahat. Dalam sihat berlari2 di taman, melompat2 keesokan harinya dia cirit birit dan meninggal selepas 6 jam. Bukan kerana makan sayur tapi tiba2 sahaja.Ibuku yang paling sedih sampai ke hari ini.CHIWAWA
SARJAN
Sarjan kini tinggal keseorangan tanpa pasangan. Fuzzy lop ini sangat comel dan species yang lincah. Kerana kematian Chiwawa yang dikasihi, ibu telah berusaha mencari ubat atau procedure yang benar2 dapat menyelamatkan arnab yang cirit-birit dan alhamdulillah Sarjan dan Lela yang duduk serumah dengan Chiwawa terkena juga cirit birit dan dapat diselamatkan dengan memberi Scourban Plus, Imodium untuk tahan buang air serta ORS utk pastikan arnab tidak kehilangan air. Pisang lecek utk disuapkan jika arnab tak mahu makan kerana perutnya sakit.
BARON-Kelabu putih
BAYAN-Herlequin
Baron dan Bayan adalah pasangan Teddy Bear yang di beli dari abang Budin Sepang. Si tembam 2 ekor ini berbulu tebal dan agak besar juga badannya untuk usia 2 1/2 bulan.
Ini pula Kiara..dibeli daripada abg Joe Semabok.Kiara ni tak manja tapi manis macam Siti Nurhaliza..mak saya cakap.Dia tak sukakan arnab jantan yang lain kecuali Lemon..agaknya Lemon tu handsome dan gentlemen kot..bagi dia.Kiara ni dari jenis Lion Head..Kiara jenis yang tak sukakan kekotoran..dia sangat menjaga kebersihan dirinya dan juga Lemon.Lemon tak bersihkan dirinya sendiri,tetapi Kiara yang bersihkan.
Arnab orange ini pula namanya Mocha.Arnab betina ini adalah dari jenis Holland Lop..pasangannya ialah Wak Senin.Wak Senin ni dah tua dan asyik tidur je..
Comel tak Wak Senin...Dia nampak macam kecil..macam 3 bulan.Tapi dia dah tua 1 tahun lebih kot..Cepat penat pulak tu..
Comel tak saya ni...
Arnab Rex ni pula namanya Ice Blended..mak yang bagi nama tu..dia pendiam..penakut..sebab tak biasa lagi kot..pasangannya ialah Cadbury..
Di bawah ini lah Si Cadbury sebab warna dia macam coklat Cadbury...Cadbury ni penakut juga macam Ice Blended.
Anak2 arnab Rex ni pula beli dari Abang Mizi..Kelantan Arnab@rabbit zone.Dua-dua arnab ni datang naik bas..aku dah tunggu dari pukul 6 pagi.. betul-betul lepas subuh.. rupanya pukul 9 pun tak sampai.
Tup..tup aku nampak bas tu lalu depan aku dan mak aku dengan lajunya tanpa seorang penumpang pun..dia dah nak pergi. Entah mana dia turunkan penumpang,aku tak nampak pun.. Apa lagi, aku pun kejar bas tu.. semua orang tengok.Bila bas berhenti aku terus naik.Yang kelakarnya muka driver bas ni macam muka orang cuak nak kena rompak.. lepas tu dia siap soal aku "ni asal naik ni (dengan muka cuak)".Aku dengan selamba cakap aku nak ambil arnab..habis duit handphone mak aku sbb dah byk kali call & pesan pada driver suruh call bila sampai.. pengalaman yang kelakar tak dapat ku lupakan.. agaknya kalau aku tak nampak bas ni, ke mana entah dia nak bawa arnab ku ini..
BUNCIT
BUYUT
Seterusnya adalah Miss Spot.Aku mendapatnya secara percuma bersama dengan Nala.Masa tu aku dengan mak aku tengah beli barang di Veterinary Clinic.. tiba-tiba seorang India cakap..: Mau rabbit kar...(tercenggang mak aku!!!) Mak aku tanya "percuma ke..?" "Yalar percuma.." katanya. Dalam hati mak aku (biar betul orang ni..arnab siapa entah..mana dia dapat..tiba-tiba offer...jer.Mungkin dia punya dan dia malas nak jaga lagi atau mungkin orang hantar kat vet untuk rawatan dah tak ambil berbulan-bulan ialah siapa nak bayar penginapan di hotel yang tak berbintang ini).Lepas tu aku dan mak aku tengok ada dua ekor arnab yang comot,katanya sepasang rupanya dua-dua betina.Melihat keadaan mereka..rasa sedih..kesian Miss Spot dan Nala..Nasib baik mak aku baik..mak aku ambil Miss Spot dan Nala balik rumah dan terus mandikan mereka berdua..sekarang keduanya suci lagi menyucikan..sekarang kedua-duanya sedang mengandung..alhamdulillah rezeki.
Cuba teka bunga apakah ini..
To be continue......
16 comments:
Salam,bro ad nk jual arnab tak, loap ear.
salam sis ade whatsapp ot wechat x ??? saya ade bela arnab tapi xtau jenis just beli sebab comel .. nak tanya camne nak jaga arnab hope ley kongsi ni whatsapp sy 0137235149 hope ley bantu saya
baru nak plan bela arnab...anak2 saya pon suka...tp tu la....soal penjagaan....kos....agak2 bole bg tips tak...tq
Saya nak bg arnab saya teddy bear mix. Ada sesiapa nak?
Saya nak bg arnab saya teddy bear mix. Ada sesiapa nak?
Ada lagi ke arnab tu?
Ada lagi ke arnab tu?
Sy ada arnab netherland dwarf..nk dijual sekor kelabu coklat..berminat nk beli tak
Berapa bulan dh arnab tu?? Saya nk,Whatsapp sy 0173085986.
Berapa bulan dh arnab tu?? Saya nk,Whatsapp sy 0173085986.
Hai..sye ade 3 ekor arnab mix..baru umur sebulan lebih..sesiapa berminat bole ws saya..0123915970
Hai..sye ade 3 ekor arnab mix..baru umur sebulan lebih..sesiapa berminat bole ws saya..0123915970
Jual x arnab?
Hai saya nak beli arnab , sesiapa berminat nak jual pada saya boleh ws saya kat no ni 0162936323 . Saya nak sangat2 arnab
Nak tanya , awak beli arnab dari faiz muar johor tu boleh saya dapatkan number dia
sy minat .. masih ada jual ?? location
Post a Comment